Tuesday, June 30, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2

JADUAL PENGAJARAN 14 MINGGU

(Pelajar diterangkan tentang jadual pengajaran dan rancangan instruksional serta penilaian kursus dan setiap Lektion 1-14 mewakili pembelajaran bagi Minggu 1-14 dengan Masa Pertemuan 2 Jam setiap minggu)

LEKTION 1 & 2
Erste Kontakte

• Sich begrüßen
• Sich und andere vorstellen
• Buchstabieren
• Telefonieren : falsch verbunden
• Rechnen
• Beruf und Herkunft angeben und danach fragen
- Pelajar diminta untuk menyatakan negara-negara yang bertutur bahasa Jerman.
Oleh itu mereka akan mempunyai pengetahuan am tentang dunia
- Pelajar dapat mengenali huruf-huruf dan berusaha bagaimana untuk menyebut dalam
bahasa Jerman
- Pelajar diberi tugasan dan perlu menyelesaikan soalan yang diberikan
- Pelajar dapat memahami soalan yang diarahkan oleh pensyarah dan melakukan arahan
tersebut
- Jawapan akan dibincangkan bersama-sama
LEKTION 3 & 4
Gegenstände in Haus und Haushalt

• Gegenstände
• benennen und beschreiben
• Preisangaben verstehen und notieren
• Richtigstellen Pelajar dapat menerangkan gender der, die, das
- Boleh mengenali nombor-nombor
- Dapat mengatakan perkara yang disukai atau tidak suka
- Mengenali kata-kata dalam urusan jual beli seperti mata wang
- Meneguhkan lagi pengetahuan konjugasi
- Dapat menggunakan kata kerja dengan betul
- Menambah perbendaharaan kata tentang kata nama, nombor dan kata panggilan
- Pelajar akan diberikan latihan karangan pendek tentang topik yang dibincangkan
- Latihan akan disemak
LEKTION 5 & 6
Essen und Trinken

• Eßgewohnheiten beschreiben
• Im Restaurant bestellen und bezahlen
• Komplimente und Reklamation bei Tisch
• Lebensmittel einkaufen
- Pelajar mengetahui mengenai makanan dan minuman serta membuat tempahan
- Pelajar mengenali jenis-jenis minuman dan makanan beserta gender
- Pelajar diminta membuat latihan bina dialog di restoran serta lakonkan
- Pelajar memahami bagaimana menerangkan tentang der,die,das dan bagaimana ia
membantu dalam binaan ayat
- Pelajar akan membuat latihan membina ayat dengan kosa kata yang terdapat dalam
unit ini
- Pelajar juga menggunakan Kata Soal untuk membina ayat tanya dalam unit ini dengan
membuat soalan kepada rakan sekelas
- Tugasan ini akan dibetulkan sekiranya terdapat kesilapan dan seterusnya berbincang
tentang jawapan yang betul
LEKTION 7 & 8
Freizeit

• Zurechtweisen
• Um Auskunft bitten
• Sich verabreden
• Ansichtskarte schreiben
- Pelajar belajar mengenai masa lapang dan aktiviti yang gemar dilakukan
- Pelajar bertanya kepada rakan sendiri tentang hobi masing-masing
- Membina karangan pendek tentang hobi
- Karangan akan dibetulkan selepas tamat kelas
- Pelajar akan dipanggil untuk menerangkan tentang aktiviti masa lapang; menerangkan
aktiviti sendiri, kawan-kawan atau ahli keluarga
- Menulis pos kad kepada kawan dan memberitahu aktiviti yang dilakukan
- Latihan menulis poskad akan disemak selepas sesi tamat
- Menerangkan perkara yang suka dan tidak suka dilakukan
- Melakukan ujian ringkas tentang kata kerja
- Jawapan latihan akan dibincangkan selepas sesi tamat
LEKTION 9 & 10
Wohnen

• Wohnungen beschreiben
• Einrichtungsgegen
-stände kommentieren
• Über Verbote
infomieren Postkarte an
Freunde schreiben
- Pelajar dapat memahami budaya dan bagaimana tempat tinggal perlu diterangkan
- Menerangkan kepada rakan sekelas dan menulis maklumat tentang rumah/kediaman
sendiri kepada teman dalam bentuk podkad
- Latihan akan disemak selepas kelas tamat
- Mengenal pasti jenis-jenis tempat tinggal
- Mengetahui tentang pengunaan erste, zweite, dritte u.s.w
- Latihan ringkas tentang nama-nama bilik dalam bahasa Jerman
LEKTION 11 & 12
Datum

• Zeite
• Monate
• Tage
- Mengetahui tentang masa, hari, bulan dan tarikh
- Pengukuhan ini membolehkan pelajar mampu mengenal masa, menulis hari, hari bulan
dengan betul sewaktu menulis surat kiriman
- Mengenal pasti gender der, die, das dalam penggunaan tarikh, masa, bulan dan hari
- Latihan der, die, das akan disemak dan dibincangkan dengan rakan sekelas
LEKTION 13
Die Vorstellung

- Pelajar akan diberikan tajuk dan latihan untuk menilai pemahaman
mengenai kursus bahasa Jerman Tahap I
- Pelajar akan diberi tajuk projek yang akan dipersembahkan dalam kelas dan dapat
melihat bagaimana kemampuan pelajar menggunakan kosa kata, memberi idea dan
menjawap soalan mengikut kehendak soalan.
- Seterusnya melihat kemampuan pelajar membina ayat dengan betul
LEKTION 14
Die Mündliche Prüfung

- Pelajar dapat menyampaikan idea, memahami soalan, mendengar arahan dan membaca dengan sebutan yang baik dalam bahasa Jerman

RUJUKAN :

Duncan Sidwell, Penny Capoore. 2001. Deutsch Heute. Australia : Neue Ausgabe

Gabriele Kopp, Konstanze Frölich. 2000. Ping Pong (I) München : Max Hueber

Heiko Bock Karl –Heinz Eisfeld.2003. Themen Neu (I).Germany : Max Hueber Verlag

Hanni Holthaus, Ulthild Schütze-Nöhmke.2003. Themen Neu (I) Arbeitsbuch .Germany : Max Hueber Verlag

Robe’ah Yusuf. 2009.Sie und Ich. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment

Danke!