Tuesday, June 30, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1

RANGKA KURSUS

NAMA KURSUS : BAHASA JERMAN KOMUNIKASI TAHAP I
COMMUNICATIVE GERMAN LEVEL I

KOD KURSUS : BJA 1012

SLT : 80 Jam

KREDIT : 2

PRASYARAT : Tiada

SEMESTER : Pertama / Kedua

HASIL PEMBELAJARAN :


Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Mengaplikasi kemahiran perbualan asas di dalam dan luar kelas. (K3)

2. Menghasilkan mesej menggunakan bahasa Jerman yang dari segi situasi formal
dan tidak formal. (K4)

3. Menilai arahan yang ringkas . (A3)

4. Mengenalpasti kasus, jantina dan kata kerja yang betul dalam membina ayat
mudah. (K4)

5. Bekerja secara berpasukan semasa aktiviti di dalam kelas.(TS3)

SINOPSIS :

Kursus ini menekankan penguasaan asas bahasa Jerman. Penekanan diberi kepada menguasai kemahiran bertutur dan menulis, mengenali huruf-huruf ‘’Umlaut’’ dan nombor dalam penulisan bahasa Jerman. Fokus juga diberi kepada mempelajari tatabahasa asas, istilah jantina,kata kerja dan kongjugasi.
Pelajar juga diajar mengenai budaya dan masyarakat Jerman menerusi puisi,lagu-lagu dan bahan-bahan cetakan dari internet.

(This course is an introduction to German language. This course will cover the aspects in listening, speaking, writing and reading, recognizing “Umlaut” alphabets, numbers and basic grammar including gender, verbs and conjugation. Student will be exposed to culture and society through poems, songs, and other authentic materials from the internet. This course emphasizes on the communicative oriented approach in learning the language).

KANDUNGAN /JAM
1. Huruf, sebutan dan nombor (4)
Membaca,mengeja dan membuat dialog
melibatkan angka.

2. Memperkenalkan diri dan menyatakan minat (4)
Hari Pertama di Kelas Bahasa, Berkenalan.

3. Perbualan di dalam kelas dan memperkenalkan (4)
rakan Kata Ganti Nama Diri, Pertama, Kedua.

4. Kata kerja dan kongjugasi (4)
Membina ayat dan latihan kongjugasi.

5. Kata kerja kala depan, masa dan tempoh. (4)
Membaca karangan yang mengandungi
kala depan, masa dan tempoh.

6. Pengiraan harga dan urusan di kaunter (4)
Di Kedai, di restoran dan berurusan
dengan matawang Euro, matrik dan bilangan.

7. Perbualan di telefon dan pertolongan
Membuat panggilan telefon, di kaunter pertanyaan dan
berurusan dengan panggilan “Sie”. (4)


Jumlah (28)

PENILAIAN :
Kerja kursus 100%

RUJUKAN

Duncan Sidwell, Penny Capoore. 2001. Deutsch Heute. Australia : Neue Ausgabe

Gabriele Kopp, Konstanze Frölich. 2000. Ping Pong (I) München : Max Hueber

Heiko Bock Karl –Heinz Eisfeld.2003. Themen Neu (I).Germany : Max Hueber Verlag

Hanni Holthaus, Ulthild Schütze-Nöhmke.2003. Themen Neu (I) Arbeitsbuch .Germany : Max Hueber Verlag

Robe’ah Yusuf. 2009.Sie und Ich. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment

Danke!